TERMA/SYARAT


 TERMA DAN SYARAT UNTUK PENGUNJUNG SHIDA HOMESTAY YANG DIHORMATI


1. Check-in Jam 2 Petang, Check-out Jam 12 tengahari.
Standard kan, kat mana-mana pun macam tu.

2. Haiwan peliharaan, tidak dibenarkan.
Tak kiralah kucing Siam ke, kucing Parsi ke…memang tak boleh. Anjing apatah lagi ye. Tak kiralah poddle ke, chihuahua ke.. Kambing, ayam,itik semua tak boleh. No, nehi.

3. Dilarang membawa masuk barangan tidak halal dalam Islam seperti arak dan khinzir.
Maksudnya bukan seekor khinzir, tapi dagingnya juga. Tak kiralah khinzir yang ditukar namanya menjadi ham, pork, bacon serta kaum keluarganya. Strictly no.

4. Home Sweet Home.
 Buat macam rumah sendiri. Maksudnya tolong jaga kelengkapan rumah dengan cermat. Kemas dapur/bilik tidur/keseluruhan seperti sedia ada.

5. Peace no war.
Sila jangan mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di Shida Homestay.

No comments: